Monday, 19 May 2014

MANUSIA

Assalamualaikum,

Manusia sekarang suka pikir yang dia saje yang bagus. Dia saje yang tahu semua perkara. Bukan tak pikir masalah orang lain. Mungkin Si A ada idea yang lebih bagus dari Si B, atau apa-apa sahaj perkara.

Bukan apa la sebab ini saya punya situation dekat dalam rumah. Saya buat apa yang mereka suruh. Kadang-kadang saya buat sendiri tanpa pengetahuan mereka. Tapi itu la apa yang mereka nampak je baik bagi mereka. Yang tak nampak jahat bagi mereka. Tak pernah la mereka terpikir atau tertanya pada saya apa yang saya buat masa mereka tak nampak. Kadang-kadang saya boleh jadi gila tambah stress dan tension sebab apa mereka cakap. BUDAK KECIK BILA DAH BESAR DIA AKAN INGAT APA YANG ORANG SEKELILING BUAT. Budak kecik yang baru hendak belajar memikir bercakap berjalan.. bila sudah besar dia belajar dari orang sekelilingnya di rumah bukan la di luar. Apa yang budak kecik tu nampak mereka ikut. Kalau kena pukul sampai ke tua dia ingat. When that happen, the good memories that kid will not remember.  Sebab budak tu jadi pendam.

Macam tu la saya. Saya ingat first time saya kena sepak dengan orang tua. Masa tu saya kecik lagi. Nenek saya tengah baca Al-Quran. Saya terkoyak kan alquran tersebut. Dia sepak saya depan al-quran. Itu lah kali pertama saya kena sepak. Sampai sekarang saya ingat. Saya punya rahang mulut senget sebabkan atok saya tumbuk saya. Saya ingat sampai sekarang.

Good memories is very less than bad one. Sebab tu manusia sekarang benda yang baik dia kena nampak. Masa atok saya keluar pepagi, dia tinggalkan cawan pinggan sudu semua atas meja. Saya basuh. Tapi dia tak nampak. Dia kena DIA nampak baru dia buat. Saya basuh periuk semua malam-malam nenek saya tak nampak. Dia kena NAMPAK juga. Saya jarang pergi dapur sebab atok saya ada. Saya paling pantang orang kacau saya masak. Saya paling tak suka.

Saya dah nak tunang, saya tahu la apa saya kena buat. Nak puaskan hati orang tua saya "YA" kan sahaja tanpa melawan. Saya sendiri tak berani nak melawan tapi itu lah MANUSIA! Saya ada perasaan pendam yang tahap masih boleh sabar. Bila pendam saya akan stress. Bila stress migraine. Migraine confirm la sakit. Bila dah sakit, mereka cakap menyusahkan mereka. Macam mana? nak cakap ini lumrah hidup? Nak redha saya masih sabar.

Saya masih ada perasaan sabar terhadap orang tua dekat dalam rumah ni. Saya tak melawan sebab tak nak mereka kecik hati. Sebab kalau saya melawan mereka akan ungkit. Saya ni cepat stress sebab environment dalam rumah ni tak bagus. There is no healthy environment. Asyik nak argue, pastu nak gaduh, pastu salah sikit nak tengking.

How fake is my life. Orang cakap saya kaya. Saya tak kaya, atok nenek saya yang kaya. Saya sederhana. Saya kumpul duit. Saya sanggup tak makan lunch kat college sebab nak kumpul duit nak kawin. Itu la gaji saya seminggu.. Ini lah hidup seorang MANUSIA yang sabar dengan sekeliling nya. Saya pendam, sebab saya rasa itu lah lagi bagus. Saya tak cerita semua dalam blog sebab saya tak nak semua tahu. Nampak je life saya ni best. Cubalah anda di situation saya. Tak sampai sehari anda akan tukar balik life anda.


Nantilah saya cerita lagi. Sebab saya stress la saya cerita dalam blog. Kalau simpan semua saya akan migraine.


Sekian,



No comments:

Post a Comment